

Ia pengalaman serba baru bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah untuk seluruh keluarga dengan pelbagai persembahan interaktif multi-media dan permainan yang luas.
Tetamu boleh menikmati pengalaman Kisah Singapura dengan cerapan cabaran, impian dan aspirasi Singapura dan akhirnya apa yang menyemarakkan semangat Singapura - degupan jantung warganya.
Pusat ini dilengkapi lima galeri utama, masing-masing paparan dramatik dengan demonstrasi maklumat dan animasi digital yang hebat menyampaikan peristiwa penting yang membentuk Singapura - nilai, tempat dan warganya - sejak selepas kemerdekaan hingga menjadi Singapura yang kita lihat hari ini.
|
|