
Ikuti bas SAFTI kami untuk melihat dengan mata sendiri Institut Ketenteraan SAFTI.
Lawatan bas ini membawa para pelawat mengelilingi 88-hektar kawasan latihan bagi para pegawai daripada Tentera Darat, Laut dan Udara. Anda boleh mengambil gambar di tempat-tempat terkemuka ataupun jika bernasib baik, melihat para askar yang sedang menjalani latihan. Selepas lawatan itu, anda dapat pula menikmati sajian tengahari di ruang makan atau cubalah makanan combat rations yang dimakan oleh para askar kita di medan perang.
|
|